SOALAN LAZIM | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Lokasi
1
Dimanakah lokasi kami?

Pusat ini terletak di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM berhampiran di belakang jalan masuk Hospital Serdang.   { Klik sini untuk lokasi }


Jenis perkhidmatan
2
Apakah perkhidmatan yang terdapat di PPDN?

PPDN menyediakan perkhidmatan pemeriksaan PET-CT, pemeriksaan CT,pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan MRI 3-Tesla.

3
Apakah kaedah bayaran yang boleh dilakukan bagi urusan pembayaran di pusat ini?

Pusat ini menerima pembayaran melalui perbankan atas talian sahaja.

4
Adakah surat jaminan majikan (GL) diterima untuk mendapatkan perkhidmatan di PPDN?

Hanya surat jaminan majikan Institut Sukan Negara (ISN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Golden Horses Health Screening Centre (GHHSS) diterima di sini.


Klinikal
5
Apakah itu 18F-FDG?

18F-FDG ialah sejenis radiofarmaseutikal yang digunakan pengimejan perubatan pemancaran positron tomografi (PET).Radiofarmaseutikal juga dikenali sebagai gula analog dan akan disuntik dalam badan pesakit untuk tujuan diagnosis pengimejan PET. { Klik sini untuk artikel lebih mendalam tentang 18F-FDG }

6
Berapakah tempoh pemeriksaan PET-CT?

Untuk Frasa Rehat (45 minit), Frasa Imbas (30 minit hingga 1 jam), Frasa Pemisahan (45 minit). Tempoh keseluruhan pemeriksaan: 2j hingga 2j 30 min.

7
Berapakah tempoh pemeriksaan MRI?

30 minit ke 2 jam ; bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dijalankan


Langkah-langkah Keselamatan
8
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh keluarga pesakit selepas pemeriksaan PET-CT dilakukan?

Langkah-langkah ini hanya untuk sehari sahaja (Selepas pemeriksaan), untuk memastikan pereputan penuh 18F-FDG dalam badan pesakit. a)Sentiasa jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter. b)Elakkan pesakit berada dekat dengan kanak-kanak. c)Ingatkan pesakit supaya minum sebanyak mungkin air kosong. d)Asingkan tandas pesakit dan keluarga (jika tandas melebihi daripada 1) e)Asingkan tempat tidur pesakit dan keluarga.


Temujanji
9
Sekiranya saya telah mendapatkan arahan daripada doktor berkenaan keperluan untuk membuat pemeriksaan di PPDN, dengan siapa saya patut berhubung?

Tuan/puan boleh menghubungi kami di talian 03-9769 1644 atau emel kami ppdn@upm.edu.my


Perkhidmatan
10
Apakah kelebihan pusat ini berbanding dengan pusat/hospital lain yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya?

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear menjanjikan tarikh pemeriksaan dalam tempoh kurang dari 14 hari dari hari borang pemeriksaan diterima dan laporan pesakit pada kadar yang lebih cepat iaitu selewat-lewatnya 10 hari bekerja selepas hari pemeriksaan.

Kemaskini:: 21/07/2022 [faidhi]

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXDTTAu~