Pre-Congress workshop College of Radiology Malaysia (2014)
(Molecular Imaging Tract)
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) menerusi penglibatan jaringan MCoR dan International Atomic Energy Agency (IAEA) telah berjaya menganjurkan sesi bengkel Pra-Kongress MCoR bertemakan ‘ Molecular Imaging’ yang berlangsung pada 4 hb April 2014 di Marriot Hotel, Putrajaya. Bengkel tersebut merupakan suatu usahasama PPDN dan IAEA didalam memartabatkan penglibatan UPM di arena antarabangsa dimana PPDN telah diberi mandat sebagai coordinator ‘Technical Project’ IAEA pada 2014-2015.
Prof. Jan Pruim sebagai ‘Expert Mission Personnel’ daripada Universiti Gronigen, Netherland telah turut serta menjayakan bengkel pra-kongress tersebut disamping 3 penceramah lain daripada sektor swasta dan juga PPDN. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 10 peserta yang terdiri daripada golongan profesional di bidang Radiologi dan Perubatan Nuklear yang rata-ratanya telah mengesyorkan bahawa sesi berkenaan telah berjaya dianjurkan dengan efektif dan bermanfaat
Updated:: 30/05/2014 [amir_peli]
Centre for Diagnostic Nuclear Imaging
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor