PENGANJURAN KONFERENSI ANTARABANGSA LATIHAN KEPAKARAN PERUBATAN RADIOLOGI DAN NUKLEAR TERAJU AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (IAEA) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PENGANJURAN KONFERENSI ANTARABANGSA LATIHAN KEPAKARAN PERUBATAN RADIOLOGI DAN NUKLEAR TERAJU AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (IAEA)

PENGANJURAN KONFERENSI ANTARABANGSA LATIHAN KEPAKARAN PERUBATAN RADIOLOGI DAN NUKLEAR TERAJU AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (IAEA)

Jogjakarta – Dua pakar perubatan radiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Hazeman Zakaria dan Dr Idris Ibrahim telah menghadiri Persidangan Antarabangsa ; Latihan Kepakaran Pengesanan dan Rawatan dalam Teranostik dan Neurologi. Berlangsung di Mariot Hotel Jogjakarta, persidangan selama lima hari , bermula 3 – 7 Oktober ini terbuka kepada pakar radiologi dan ahli perubatan nuklear. Manakala seoarang lagi pakar perubatan nuklear UPM, Prof Madya Dr. Subapriya Suppiah telah menghadiri persidangan ini secara atas talian.

Persidangan ini adalah anjuran International Atomic Energy Agnecy (IAEA) dengan kerjasama Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) UPM dan dianjur bersama Persatuan Perubatan Nuklear Indonesia. Profesor Dr Fathinul Fikri Ahmad Saad, pengarah PPDN UPM yang juga merangkap sebagai ketua projek Koordinator kebangsaan telah dipilih IAEA bagi menerajui Kursus latihan kepakaran ini menerusi penggunaan Geran RTC 6093 Euro 77 000 dengan mengambil kira keboleupayaan kepakaran di PPDN di bidang neurologi dan Pengimejan Molekul bagi menyumbang idea dan pemindahan ilmu kepada msyarakat antarabangsa di bidang professional kepakaran pengimejan molekul.

Diharapkan dengan penyertaan PPDN UPM dalam persidangan ini, dan sumbangan UPM di peringkat antarabangsa menerusi keahlian pakar PPDN di dalam IAEA, mampu melonjakkan pemasaran kepakaran UPM di dalam bidang pengimejan Molekul dan seterusnya dapat melonjakkan UPM sebagai universiti  bereputasi antarabangsa

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXETMA6~