21 Januari 2026 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menganjurkan Bengkel Montreal Cognitive Assessment (MoCA) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam pelaksanaan ujian saringan kognitif.

Penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian daripada persediaan PPDN bagi pelaksanaan ujian MoCA sempena Karnival True North PUTRA yang akan datang, di samping memperkukuh kerjasama antara staf daripada pelbagai unit. Pelaksanaan bengkel ini turut disokong oleh jururawat terlatih yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang sesi berlangsung.
PPDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), khususnya Encik Nur Muhammad Fahmi dan Puan Farah Adiba, atas kesudian menjadi penceramah serta berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang bengkel ini berlangsung.
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 26/01/2026 | Kemaskini: 26/01/2026 | fatini

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor