PENGARAH | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» MENGENAI KAMI » PENGARAH

PENGARAH

 

 

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke laman web Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia. Laman sesawang ini diwujudkan bagi memberi pendedahan terhadap era baru teknologi pengimejan dalam pengimejan molekul, serta peluang penyelidikan dan penjagaan kesihatan.

Pada masa kini, pendidikan pengimejan molekul telah mengalami perubahan pantas. Oleh itu, bidang radiologi semakin mencabar serta memerlukan konteks dan pelan tindakan yang berkesan. Oleh itu, PPDN berazam melalui pakar radiologi profesional untuk membentuk penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti.

Badan-badan profesional luar serta dalam negara telah mengiktiraf pakar-pakar radiologi di PPDN yang banyak menghasilkan penyelidikan serta bahan akademik yang berimpak tinggi. PPDN telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa melalui lantikan sebagai Presiden Asean European Univerity Network (ASEA-UNINET) dan menjadi panel di dalam badan antarabangsa International Atamoic Energy Agency (IAEA) dan European Radiology. Di peringkat nasional pula semua pakar di PPDN diiktiraf oleh National Academies of Medicine, serta menjadi sebahagian daripada organisasi dunia yang membawa misi Asean seperti KOBE Experimental Bengkel South East (SEKUW) / JAXA.

Komitmen tinggi oleh pakar akademik di PPDN telah Berjaya membangunkan modal insan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) serta perkembangan kerjaya. Melalui kursus yang telah ditawarkan, graduan sarjana yang dihasilkan diharapkan bersedia sepenuhnya untuk berperanan sebagai pakar radiologi klinikal atau saintis pakar perubatan dalam penjagaan primer dan akut.

Program penyelidikan Pengimejan Molekul yang dijalankan dapat menyediakan latihan lanjutan dalam teori dan menerapkan kaedah penyelidikan yang dapat memajukan profesion graduan serta doktor terlatih. Penyelidikan yang merangkumi bidang molekul genetik, radiologi, perubatan angkasa, fizik nuklear terus membentuk amalan dan pendidikan terkini di seluruh dunia.

PPDN amat menggalakkan dan menyokong kepelbagaian dalam mengoptimum kemudahan yang dimiliki. Secara kolektifnya bidang sains kesihatan turut digalakkan di PPDN, di antaranya di dalam kejuruteraan Bioperubatan melalui makmal genetik, teknologi Imaging Hybrid dan Makmal Klinikal Pengimejan Molekul. PPDN turut menggalakkan penyelidikan melalui bantuan kewangan oleh universiti, kerajaan dan swasta.

PPDN telah memberikan pendedahan dan pendidikan kepada pelbagai pakar daripada beberapa negara dan menarik pakar-pakar dan pelatih untuk penyelidikan translasional dan ahli akademik dari seluruh dunia, dengan penekanan khas mengenai Asia Tenggara dan Timur Tengah serta menjalankan penyelidikan berimpak tinggi di samping menyediakan perkhidmatan klinikal serta mengembangkan sayap kemudahan melalui perolehan MRI 3.0 Tesla, sistem hibrid Ultrasound-MRI, PET / MRI dan PET-CT dengan PACS dan sistem teleradiologi. Lembaga Penasihat serta barisan profesonal yang menyediakan input ke dalam kajian program dan pembangunan, turut menjayakan agenda klinikal dan saintifik yang lebih luas bagi menjamin perubahan dalam menggalakan perkembangan perkhidmatan dan penyelidikan.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan cadangan, sila hubungi kami di talian 03-9769 1644.

 

PROF. DR. FATHINUL FIKRI AHMAD SAAD

Pengarah

AM (M’sia), FRSME (London) MBBS (UM), Master Med (Radiology) UKM,
F. Space Medicine (Russia) Fellowship Oncology Imaging (Australia)
Certified for PET-CT Procedures (Nuclear Medicine Subspecialty Committee)

 

       

Kemaskini:: 16/11/2023 [mohdaffendi]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcTAe~