Year 2014 | CENTRE FOR DIAGNOSTIC NUCLEAR IMAGING
» NETWORK » INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK » Year 2014

Year 2014

CERAMAH DAN LAWATAN PELAJAR  “A-LEVEL GERMAN INTEC”  BAGI PROMOSI KEPAKARAN PROGRAM PENGIMEJAN MOLEKUL


 
UPM Serdang – Pada 2 Julai 2014, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima kunjungan seramai 58 pelajar Program A-level German INTEC bersama 2 pensyarah pengiring telah menghadiri sesi ceramah dan lawatan sambil belajar di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear. Program ini adalah permintaan khas oleh pihak Timbalan Pengarah Pembangunan Pelajar, INTEC Education College, Shah Alam Selangor bagi mendedahkan teknologi alat PET-CT dan prospek kepakaran Pengimejan Molekul kepada para pelajar yang bakal melanjutkan bidang pengajian kejuruteraan menerusi bidang Nuclear Decay & Particle Physic pada Januari 2015.Secara amnya, program ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar menerusi 2 sesi ceramah yang diadakan bertajuk Introduction to PE-CT dan Application of PET-CT technology oleh 2 penceramah Pusat pengimejan Diagnostik Nuklear. Rata-rata peserta program telah memberikan petunjuk kepuasaan yang memuaskan (skala 4-5) untuk sesi ceramah dan skala 5 untuk sesi lawatan di makmal pusat oleh 4 orang fasilitator pusat yang mengambil masa kira-kira 4 jam.

Sambutan 100 Tahun Maktab Sultan Abu Bakar : Pameran Kerjaya dan Jom Masuk UPM

Johor Bahru– Pada 17-21 Mac 2014, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) bersama-sama Pejabat Pemasaran & Komunikasi (Marcomm) telah berjaya mengadakan program Pameran Jom Masuk UPM & Pameran Kerjaya PPDN di sambutan EC 100 selama 5 hari di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru. Program ini bertujuan memenuhi jemputan daripada Pengetua MSAB yang menjemput pihak PPDN untuk mempamerkan kerjaya staf PPDN di samping mempromosikan Jom Masuk UPM kepada pelajar sekolah dan masyarat setempat. Pihak PPDN telah menjemput pihak Marcomm untuk terlibat sama dalam mempromosikan UPM kepada pihak sekolah melalui ceramah “Jom Masuk UPM” dan Pameran kursus yang ditawarkan di UPM.


Perkhemahan Kesihatan Masyarakat Orang Asli Kuala Koh Kelantan



Kuala Koh, Kelantan
– Pada 21-22hb Mac 2014, pihak Pusat Pengimajan Diagnostik Nuklear (PPDN) bersama-sama PPUKM dan Chinese Religious Chamber, Kuala Lumpur telah menganjurkan suatu perkhemahan kesihatan bagi masyarakat orang asli di Kuala Koh, Kelantan. Program ini telah berjaya didalam matlamatnya untuk menjalankan penyaringan kesihatan dan bantuan ubat-ubatan kepada lebih kurang  80 penduduk orang asli . Program in telah dijayakan oleh lebih 20 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta  termasuk 9 orang pakar perubatan. Para peserta juga telah didedahkan dengan kaedah penjagaan kesihatan yang baik seperti penjagaan kebersihan mulut dan gigi serta keperluan untuk mendapatkan khidmat kesihatan daripada hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan.


Updated:: 11/07/2014 [ismarezzal]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR DIAGNOSTIC NUCLEAR IMAGING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
0397692775
C1594427016