IMBASAN PET/CT (SIEMENS BIOGRAPH 64 TRUEPOINT) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» PERKHIDMATAN KLINIKAL » Senarai Perkhidmatan Pemeriksaan » IMBASAN PET/CT (SIEMENS BIOGRAPH 64 TRUEPOINT)

IMBASAN PET/CT (SIEMENS BIOGRAPH 64 TRUEPOINT)


 

Mesin PET (  Positron Emission Tomography ) adalah satu modaliti pengimejan termaju dalam Pengimejan Nuklear. Ia digunakan untuk mengkaji fungsi molekul sel-sel berpenyakit yang aktif, terutamanya kanser dengan menggunakan flurodeoksiglukosa F-18 (FDG). 


Apabila digabungkan dengan mesin CT (Computed Tomography ), ia menjadi modaliti pengimejan yang sangat efektif dalam mendedahkan kedua-dua maklumat anatomi dan perubahan fungsi sel-sel berpenyakit dalam satu imbasan. Ini membolehkan pengesanan awal dan mudah untuk proses diagnosis. Lebih awal pengesanan dilakukan, lebih baik peluang untuk dipulihkan.

CT + PET = PET/CT

                              CT                               +               PET                      =          PET/CT

 

Adakah imbasan PET/CT selamat?

Ya.

Dedahan radiasi yang diterima daripada imbasan CT adalah di tahap rendah. Bagi imbasan PET pula, hanya sedikit kuantiti 18F-FDG yang diperlukan untuk tujuan suntikan kepada pesakit. Dedahan radiasi 18F-FDG akan hilang selepas 20 jam (selepas suntikan).

 

Adakah temujanji diperlukan?

 

Ya.

Mohon telefon kaunter 0397691644 untuk tujuan temujanji pemeriksaan PET/CT. 

 

 

Prosedur Pemeriksaan PET-CT




 

 

Kemaskini:: 02/01/2024 [norkamalia]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXERGAU~