MAJLIS BERBUKA PUASA PPDN DI DANAU GOLF RESORT UKM | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » MAJLIS BERBUKA PUASA PPDN DI DANAU GOLF RESORT UKM

MAJLIS BERBUKA PUASA PPDN DI DANAU GOLF RESORT UKM

Oleh: Hafiz Hanafi

BANGI, 17 Mei 2019 -  BERJEMAAH itu amalan mulia apatah lagi pada hari Jumaat bagi mensucikan hati dan mengumpul pahala yang berlipat ganda.  Menarik untuk Tahun 2019 kali ini, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa PPDN 2019.  Program dimulakan dengan kehadiran staf-staf PPDN pada jam 6.30 malam. Program ini telah ditaja oleh Profesor Datin Dr. Rozi Mahmud, Pengarah PPDN. Majlis ini diadakan di Danau Golf Resort UKM.

Majlis diteruskan pada jam 7.25 petang dengan berbuka secara berjemaah ala bufet. Selain itu, majlis diakhiri dengan fotografi dan sumbangan kutipan staf kepada Pengarah PPDN yang akan ke Mekah untuk menjalani ibadah umrah di sana sehingga Hari Raya. Program tamat pada jam 9.15 malam.

 Fotografi kenang-kenangan majlis berbuka PPDN 2019 

Tarikh Input: 31/05/2019 | Kemaskini: 31/05/2019 | muhammadhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEeSAI~