Program PutraBakti Kesedaran Kesihatan Komuniti 2021 (SEDAR 3.0) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Program PutraBakti Kesedaran Kesihatan Komuniti 2021 (SEDAR 3.0)

Program PutraBakti Kesedaran Kesihatan Komuniti 2021 (SEDAR 3.0)

SERDANG -  Pada 12 dan 13 Jun 2021, Program PutraBakti Kesedaran Kesihatan Komuniti 2021 (SEDAR 3.0) telah dijalankan. Disebakan pandemik COVID-19, maka program ini dijalankan secara maya, secara langsung menerusi Laman Sesawang Youtube. Program tersebut dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 5 Semester Kedua Sesi 20/21, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN).

Program ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Suriani Mohd Saini, Timbalan Pengarah PPDN, manakala ditutup secara rasmi oleh Prof. Madya Dr Hairil Rashmizal Abdul Razak, Ketua Jaringan Indsutri dan Masyarakat PPDN. Terdapat enam modul kesihatan yang disampaikan oleh enam panel jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing.

Tujuan program dianjurkan adalah bagi meningkatkan kesedaran komuniti khususnya dalam kalangan warga UPM dalam memahami kepentingan kesedaran kesihatan komuniti disamping berkongsi ilmu berkaitan kesedaran kanser, kesihatan mental, dan amalan gaya hidup sihat.

 

 (Klik gambar dibawah untuk video penuh program)

Perasmian Pembukaan

Perasmian Pembukaan oleh Prof. Madya Dr Suriani, Timbalan Pengarah PPDN

Modul 1 : Prof. Madya Dr Irniza Rosdi

Modul 2 : Pn Rafidah binti Sadarudin

Modul 3 : Prof. Datin Dr Sherina Mohd Sidik

Modul 4: Prof. Madya Dr. Suriani Mohamad Saini

Modul 5: Dr. Abdul Hasif Khan Yusof Khan

Modul 6 : Dr. Abdul Hadi Abdul Manap

Modul Interaktif bersama peserta

Tarikh Input: 15/06/2021 | Kemaskini: 06/10/2021 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXFBCAd~