| PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
senarai pengumuman terkini
Di atas sambutan yang amat menggalakkan bagi Program 'Knowledge Sharing in Medical Imaging' yang diadakan pada tahun lepas, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), UPM sekali lagi mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program 'Knowledge Sharing' buat kali yang ke-3 yang bertemakan 'KNOWLEDGE SHARING IN NUCLEAR MEDICINE IMAGING & EMERGENCY FIRST RESPONSE 2018'.
 
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada Pekerja Sinaran Perubatan yang melibatkan Pegawai Juru X-ray, Juruteknik Makmal Perubatan (MLT), Pegawai Sains (Fizik), Jururawat dan ahli paramedik mengenai teknik pengimejan diagnosis nuklear yang terbaru serta input tindakan kecemasan. 
 
Berikut merupakan tentatif terbaru mengenai program ' KNOWLEDGE SHARING IN NUCLEAR MEDICINE IMAGING & EMERGENCY FIRST RESPONSE 2018 ' yang akan dianjurkan:
 
Tarikh : 29 Mac 2018 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
TAJUK ACARA: KENALI TAHAP KESIHATAN: TANGGUNGJAWAB DIUTAMAKAN KESIHATAN DIDAHULUKAN
 
TARIKH: 05 Apr 2018 - 05 Apr 2018
MASA: 0800 - 1500
LOKASI: Panggung Percubaan, UPM
  1. Memberi pendedahan awal tahap kesihatan kepada staf pentadbir UPM.
  2. Meningkatkan tahap kesedaran staf pentadbir UPM terhadap kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang terdapat di UPM.
  3. Memaklumkan kepada staf pentadbir UPM tentang tahap kelayakan surat jaminan (GL) kepada staf dan tanggungan staf.

Internet di premis kami mengalami masalah. Oleh itu, telefon internet kami juga mengalami masalah. Sekiranya, ingin menghubungi kami berkaitan temujanji sila hubungi 0173349626 (Pn Fazlina) dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja.

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXDTSAe~