Tajuk Acara
Ceramah Kesihatan 1 : JANTUNGKU SIHAT, WARGA UPM SIHAT
Tarikh
22 Jun 2026 - 22 Jun 2026
Lokasi
PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NULEAR
Ringkasan Acara
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan ceramah kesihatan PUTRADOC@PPDN bertajuk “Jantungku Sihat, Warga UPM Sihat†pada 22 Jun 2026. Ceramah ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad, Pakar Radiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga UPM mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung melalui amalan gaya hidup sihat, pengesanan awal faktor risiko serta langkah-langkah pencegahan penyakit kardiovaskular. Para peserta turut memperoleh pendedahan mengenai faktor risiko penyakit jantung, tanda-tanda amaran awal dan kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengekalkan kesihatan jantung yang optimum.
Kemaskini:: 10/07/2026 [fatini]
PERKONGSIAN MEDIA