KESEDARAN KANSER DALAM KALANGAN WARGA SISWA UPM 2020 (SEDAR UPM 2020)
SERDANG - Seramai 30 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan Program Kesedaran Kanser Dalam Kalangan Warga Siswa UPM yang diadakan secara atas talian selama dua minggu iaitu baru-baru ini di bawah anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dengan kerjasama Pusat Pengimejan Diagnostik Nukleur(PPDN UPM) dan Pusat Sumber Pendidikan Kanser(CaRE UPM).
Impak yang ingin dicapai melalui program ini adalah supaya mahasiswa UPM dapat memahami kepentingan berkaitan kesedaran kanser di peringkat awal dan di usia muda. Selain itu, menggalakkan perkongsian ilmu serta menyampaikan input berkaitan kesedaran kanser kepada warga siswa UPM serta mereka mampu meningkatkan kemahiran teknikal dan penyelidikan secara holistik dalam penganjuran program kesedaran ini
Program SEDAR UPM 2020 merupakan salah satu inisiatif para pelajar UPM untuk mengeratkan hubungan sesama mahasiswa dan mahasiswi serta memberikan pengalaman dan pendedahan kepada pelajar untuk menguruskan sesuatu program di bawah kendalian pelajar sendiri.