SOALAN LAZIM | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Lokasi
1
Dimanakah lokasi kami?

Pusat ini terletak di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM berhampiran di belakang jalan masuk Hospital Serdang.


Jenis perkhidmatan
2
Apakah perkhidmatan yang terdapat di PPDN?

PPDN menyediakan perkhidmatan pemeriksaan PET-CT, pemeriksaan CT,pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan MRI 3-Tesla.

3
Apakah kaedah bayaran yang boleh dilakukan bagi urusan pembayaran di pusat ini?

Pusat ini menerima pembayaran melalui tunai,kad kredit dan kad debit sahaja.


Klinikal
4
Apakah itu 18F-FDG?

18F-FDG ialah sejenis radiofarmaseutikal yang digunakan pengimejan perubatan pemancaran positron tomografi (PET).Radiofarmaseutikal juga dikenali sebagai gula analog dan akan disuntik dalam badan pesakit untuk tujuan diagnosis pengimejan PET.

5
Berapakah tempoh pemeriksaan PET-CT?

Untuk Frasa Rehat (45 minit), Frasa Imbas (30 minit hingga 1 jam), Frasa Pemisahan (45 minit). Tempoh keseluruhan pemeriksaan: 2j hingga 2j 30 min.


Langkah-langkah Keselamatan
6
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh keluarga pesakit selepas pemeriksaan PET-CT dilakukan?

Langkah-langkah ini hanya untuk sehari sahaja (Selepas pemeriksaan), untuk memastikan pereputan penuh 18F-FDG dalam badan pesakit. a)Sentiasa jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter. b)Elakkan pesakit berada dekat dengan kanak-kanak. c)Ingatkan pesakit supaya minum sebanyak mungkin air kosong. d)Asingkan tandas pesakit dan keluarga (jika tandas melebihi daripada 1) e)Asingkan tempat tidur pesakit dan keluarga.


Temujanji
7
Sekiranya saya telah mendapatkan arahan daripada doktor berkenaan keperluan untuk membuat pemeriksaan di PPDN, dengan siapa saya patut berhubung?

Tuan/puan boleh menelefon Jururawat yang bertugas di kaunter di talian 03-8947 1644


Perkhidmatan
8
Apakah kelebihan pusat ini berbanding dengan pusat/hospital lain yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya?

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear menjanjikan laporan pesakit pada kadar yang lebih cepat iaitu selewat-lewatnya 3 hari selepas hari pemeriksaan.

Kemaskini:: 29/09/2015 [ismarezzal]

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
0397692775
B1603582259