Tajuk Acara
Ceramah Kesihatan 2 : DIMENSIA : SIMPTOM, DIAGNOSA DAN PENCEGAHAN
Tarikh
30 Jun 2026 - 30 Jun 2026
Lokasi
PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NULEAR
Ringkasan Acara
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan PUTRADOC@PPDN: Ceramah Kesihatan Siri 2 bertajuk “Demensia: Simptom, Diagnosa & Pencegahan” pada 30 Jun 2026. Ceramah ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Subapriya Suppiah, Pengarah PPDN merangkap Pakar Perunding Radiologi Klinikal dan Perubatan Nuklear.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga UPM mengenai demensia dengan memberi pendedahan tentang simptom awal, kaedah diagnosis serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan. Ceramah turut memberi penekanan terhadap kepentingan pengesanan awal bagi membantu meningkatkan kualiti hidup individu yang berisiko serta menyokong penjagaan kesihatan masyarakat.
Kemaskini:: 10/07/2026 [fatini]
PERKONGSIAN MEDIA