Tajuk Acara
Penilaian Audit Dalaman EKSA UPM
Tarikh
28 Jul 2026 - 28 Jul 2026
Lokasi
PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NULEAR
Ringkasan Acara
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Penilaian Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat Universiti sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pelaksanaan amalan EKSA di pusat sentiasa mematuhi kriteria dan standard yang telah ditetapkan.
Penilaian ini telah dilaksanakan oleh juruaudit dalaman UPM, diketuai oleh Dr. Jamali Janib dari Pusat Asasi Sains, Universiti Putra Malaysia selaku Ketua Juruaudit, bersama Puan Azarizam Ali dari Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia sebagai Juruaudit. Sesi audit bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan EKSA di PPDN serta mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, kemas dan berkualiti.
PPDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan juruaudit serta seluruh warga kerja atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi audit berlangsung. Diharapkan dapatan audit ini dapat membantu memperkukuh pelaksanaan EKSA dan menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.
![]()
Kemaskini:: 29/07/2026 [fatini]
PERKONGSIAN MEDIA