Penilaian Audit Kendiri EKSA PTJ | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR ppdn
» AKTIVITI » Penilaian Audit Kendiri EKSA PTJ

AKTIVITI

Tajuk Acara
Penilaian Audit Kendiri EKSA PTJ
Tarikh
22 Jul 2026 - 22 Jul 2026
Masa
08.30 - 03.00
Lokasi
PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NULEAR
Ringkasan Acara
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Penilaian Audit Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat PTJ sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan amalan EKSA di pusat.

Penilaian audit kendiri ini diketuai oleh Puan Suhayu Saleh selaku Ketua Juruaudit, dengan dibantu oleh Dr. Raizulnasuha Abd. Rashid sebagai Penolong Juruaudit. Penilaian dijalankan bagi menilai tahap pematuhan terhadap kriteria EKSA serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, kemas dan berkualiti.

PPDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan juruaudit serta seluruh warga kerja atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi penilaian berlangsung. Diharapkan pelaksanaan amalan EKSA akan terus diperkasakan bagi membudayakan persekitaran kerja yang kondusif serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Kemaskini:: 29/07/2026 [fatini]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (12:10:12am-12:15:12am, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]