Syarahan Inaugural Profesor Prof. Dr. Subapriya Suppiah | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR ppdn
» AKTIVITI » Syarahan Inaugural Profesor Prof. Dr. Subapriya Suppiah

AKTIVITI

Tajuk Acara
Syarahan Inaugural Profesor Prof. Dr. Subapriya Suppiah
Tarikh
20 Nov 2026 - 20 Nov 2026
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NULEAR
Ringkasan Acara
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Syarahan Inaugural Profesor oleh Prof. Dr. Subapriya Suppiah sebagai wadah perkongsian ilmu, pengalaman serta kepakaran beliau dalam bidang pengimejan diagnostik nuklear dan radiologi.

Program ini akan menghimpunkan warga universiti, pengamal perubatan, penyelidik, rakan strategik industri serta pelajar bagi mengikuti syarahan ilmiah yang menampilkan perkembangan terkini dalam bidang pengimejan perubatan, inovasi penyelidikan serta sumbangan kepakaran dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan pembangunan ilmu di peringkat nasional serta antarabangsa.

Syarahan ini turut menjadi platform untuk meraikan pencapaian akademik dan profesional Prof. Dr. Subapriya Suppiah serta perkongsian wawasan beliau dalam memacu kemajuan bidang pengimejan diagnostik dan pendidikan perubatan.

Kemaskini:: 29/07/2026 [fatini]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (07:37:11pm-07:42:11pm, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]