PPDN Terima Lawatan Rasmi Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HSIS | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PPDN Terima Lawatan Rasmi Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HSIS

PPDN Terima Lawatan Rasmi Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HSIS

8 Januari 2026 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima satu lawatan rasmi daripada Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), YBhg. Dato’ Dr. Alagendran A/L R S Vengadeson.

 

 

Lawatan ini bertujuan membuka ruang perbincangan dan perkongsian pandangan, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara PPDN dan Hospital Sultan Idris Shah dalam usaha berterusan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengimejan diagnostik kepada pesakit.

Sesi lawatan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai hala tuju perkhidmatan serta potensi kolaborasi pada masa hadapan demi menyokong sistem penjagaan kesihatan yang lebih holistik dan berimpak tinggi.

 

Tarikh Input: 26/01/2026 | Kemaskini: 26/01/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (08:25:41pm-08:30:41pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]