IMBASAN ULTRASOUND | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» PERKHIDMATAN KLINIKAL » Senarai Perkhidmatan Pemeriksaan » IMBASAN ULTRASOUND

IMBASAN ULTRASOUND



Ultrasound adalah pemeriksaan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej organ dalam badan seperti perut, hati, jantung, tendon, otot, sendi dan salur darah.

Frekuensi yang digunakan dalam pemeriksaan ultrasound adalah antara 2 hingga 18 MHz. Frekuesi tinggi menghasilkan imej berkualiti tinggi, tetapi mudah diserap oleh kulit dan lain-lain tisu. Jadi ia tidak mampu sampai ke bahagian badan yang lebih dalam. Frekuensi rendah mampu sampai ke bahagian badan yang lebih dalam, tetapi kualiti imej yang dihasilkan adalah kurang bermutu berbanding penggunaan frekuensi tinggi.

Ultrasound
digunakan untuk mengesan masalah di tiroid, payudara, pundi hempedu, hati, jantung, buah pinggang, abdomen atau. Ia juga boleh digunakan untuk membantu pakar bedah semasa melakukan sesuatu prosedur perubatan seperti biopsi.

Pemeriksaan ultrasound adalah berbeza berbanding pemeriksaan CT scan dan PETCT scan memandangkan pemeriksaan ini tidak melibatkan penggunaan sinaran terion. Jadi pemeriksaan ultrasound tidak berbahaya dari segi aspek tiada penglibatan penggunaan sinaran terion.




PROSEDUR PEMERIKSAAN ULTRASOUND


 

 

Kemaskini:: 09/04/2018 [muhammadhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXFEWAM~