AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (IAEA) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» JARINGAN KERJASAMA » JARINGAN ANTARABANGSA » AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (IAEA)

AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (IAEA)

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan  tenaga nuklear secara aman dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan.

IAEA berkhidmat sebagai forum inter-kerajaan bagi kerjasama saintifik dan teknikal dalam penggunaan teknologi nuklear secara aman di seluruh dunia. Program-program IAEA menggalakkan pembangunan aplikasi teknologi nuklear, pengawalan antarabangsa bagi penyalahgunaan teknologi ini dan menyediakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan teknologi ini.

 

 

Penglibatan UPM

Prof. Dr. Abdul Jalil, Pengarah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, UPM melalui Agensi Nuklear Malaysia telah diberi kepercayaan oleh pihak IAEA untuk mengetuai projek pengembangan kerjaya yang melibatkan staf akademik dan sokongan UPM yang terlibat dalam perkhidmatan PET CT dan MRI untuk menjalani latihan kemahiran di luar negara atas atas tajaan IAEA. Sebanyak lapan perjalanan keluar (outbound) Lawatan Saintikfik dan Fellowship telah dianugerahkan kepada staf PPDN UPM dan enam tajaan Expert Mission (inbound) ditaja melalui aktiviti ini pada tahun 2014-2015.

 

 

En. Muhammad Hishar bin Hassan (Pegawai Penyelidik)

Menyertai lawatan saintifik ke  Univ.  Milano Becocca Itali pada 15- 26 September 2014.

 

 

 

 

En. Rosli Md Yusuf (Juru X-Ray)

Menyertai lawatan saintifik ke Korea selama dua minggu di Department of Nuclear Medicine, Seoul National University Hospital, 28 Yongun-Dong, Chongro-Gu, 110-744 Seoul pada 6 - 17 Oktober 2014.

 

 

 

 

Dr Fathinul Fikri ( Timbalan Pengarah)

Kursus " Improving Human Resource Skills in Hybrib Imaging" selama sebulan ( 24 Feb 2015- 24 Mac 2015) di Moorabbin Hospital (Monashhealth),Bentleigh East Vic 3165, Australia.

 

 

 

 

Prof. Dr. Abd Jalil Nordin ( Pengarah)

Menghadiri Regional Training Course on CT Cancer Staging for Abdomen and Urogenital System, 6 – 10 October 2014, Seoul, Republic of Korea

 

 

Salasiah Mustafa (Pegawai Penyelidik)

Program " fellowship attachment" anjuran IAEA yang diadakan di Clinical Imaging Research Centre, National University of Singapore selama sebulan ( 2 Mac 2015- 1 April 2015)

 

 

Prof. Dr. Abd Jalil Nordin (Pengarah)

Pengarah ke Bali, Indonesia pada 28 April - 2 Mei 2015  menghadiri Regional Workshop on Resource and Training Materials for Computed Tomography Cancer Staging. 

 

 

Prof. Dr. Abd. Jalil Nordin (Pengarah)

Menghadiri "First coordination meeting and educational activity " yang diadakan pada 15 hingga 19 Disember 2014 di  Ho Chi Minh City, Vietnam, di bawah “technical cooperation project RAS/6/079” - “Strengthening Hybrid Imaging in Nuclear Medicine in Asia”.

 

 

Prof. Abdul Jalil (Pengarah)

Menghadiri “Esmofir workshop 2015 diffusion 2.0 (Germany)” pada  14 hingga 19 Mac 2015

 

 

Prof. Dr. Abd. Jalil Nordin (Pengarah)
Jemputan sebagai penceramah dan moderator Bengkel Pengurusan multidisiplin Kanser Paru-paru mengenai "CT dalam Kanser paru-paru". Pementasan dijalankan di Hospital Kanser Dharmais, Jakarta pada 25 April 2015. Sesi itu di anjurkan secara bersama pasukan respiratory , radiologi dan jabatan patologi dari Hospital Kanser Dharmais.

Sesi ini adalah dihadiri oleh lebih kurang 90 orang peserta termasuk doktor dan pakar-pakar dari Jakarta dan wilayah/daerah sekitarnya. Pada hari kedua, sesi penyelesaian melalui kes telah diadakan. 10 kes berkaitan pernafasan dibincangkan termasuk kanser paru-paru, batuk kering, inti, paru-paru metastasis, jangkitan, mesothelioma, pengaliran cairan pleural dan lain-lain.

 

 

Prof. Dr. Abd Jalil Nordin (Pengarah)

Speaker di program CME di Hospital Hassan Sadikin, Pusat pengajaran bagi Universiti Padjajaran, Bandung, Indonesia pada 26 April 2015 dengan tajuk , "Peranan klinikal 18F FDG PETCT" yang memaparkan pelbagai petunjuk modaliti dalam jangkitan, keradangan dan pengimejan kardiovaskular serta onkologi. Sesi ini telah dihadiri oleh ahli radiologi, pelatih dan pelajar (kira-kira 50 peserta)

 

 

Prof. Dr. Abdul Jalil Nordin ( Pengarah)

Jemputan untuk menyampaikan kuliah di Persatuan Radiologi ASEAN, di Bali, Indonesia pada 9 Mei 2015 dengan tajuk "18F FDG PETCT – what radiologist need to know”

 

 

Prof. Dr. Abd. Jalil Nordin ( Pengarah)

Dijemput sebagai penceramah jemputan di Bengkel Latihan Serantau  IAEA di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi dengan tajuk "Perlindungan Sinaran pada perspektif Pengamal Perubatan Nuklear" pada 1-5 Jun 2015

 

 

Kemaskini:: 16/10/2024 [fatini]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
X, (05:34:38pm-05:39:38pm, 31 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]