Tindak Balas Fiber Optik Terhadap Radiasi Di Dalam Persekitaran Mikrograviti | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» ARTIKEL » Tindak balas fiber optik terhadap radiasi di dalam persekitaran mikrograviti

Tindak balas fiber optik terhadap radiasi di dalam persekitaran mikrograviti

INDONESIA – Pengesan sinaran yang menggunakan fiber optik pintar ciptaan tiga saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) yang  dihantar oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) bagi diuji di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2021 telah menerima pengiktirafan sebagai projek ulung yang berjaya dibawah kolaborasi UPM-JAXA. Pada persidangan APSRAF 29 yang sedang berlangsung di Indonesia daripada 19hb – 23 September 2023,  sebanyak 52 negara dan 844 organisasi telah menghadiri konferensi.

Terdapat dua jenis sampel yang diserahkan oleh pihak UPM iaitu E-SOFPADS dan I-SOFPADS. E-SOFPADS akan didedahkan kepada sinar radiasi di luar ISS sekitar modul KIBO milik Jepun menggunakan fasiliti Experiment Handrail Attachment Mechanism (ExHAM) manakala I-SOFPADS akan didedahkan kepada sinar radiasi yang berada di dalam modul KIBO, ISS. Pengalaman dan hasil ujikaji  IVA and EVA UPM telah dipersembahkan menerusi sisipan montaj https://youtu.be/ik8CVBVA3oo dan di kongsi kepada penyelidik yang giat mempelopori bidang perubatan angkasa.

Ketua penyelidik UPM, Prof Madya Dr. Noramaliza Mohd Noor dan Prof Dr Fathinul Fikri Ahmad Saad, kedua-duanya dari Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear berkongsi pandangan menerusi persidangan secara maya didalam working group “ Space Frontier” di persidangan tersebut.

Projek ini adalah kerjasama penyelidikan yang dijalankan bersama pihak JAXA dibawah Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Putra Malaysia dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA)dan diselaraskan oleh pihak ANGKASA (Agensi Angkasa Negara).Projek yang ditaja oleh UPM di bawah Geran Berimpak Tinggi ini merupakan langkah pertama untuk memerhati tindak balas fiber optik terhadap radiasi di dalam persekitaran mikrograviti dan juga potensi sebagai pengesan sinaran pasif untuk digunakan di angkasa lepas. Lazimnya pengesan sinaran pasif ini digunakan untuk memantau tahap radiasi yang diterima oleh angkasawan yang bekerja di ISS.

Antara pencapaian projek ini adalah penglibatan seorang pelajar master sains Fizik,, dua pendaftaran profil harta intelek dan anugerah di Malaysian Technology Expo 2022. Kedua-dua sampel pengesan dihantar semula ke BUMI untuk dianalisis oleh UPM di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), UPM dan Makmal Dosimetri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Dengan pengiktirafan pihak JAXA menerusi kerjasama penyelidikan ini, diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang kepada penyelidik negara amnya dan khususnya dalam bidang eksplorasi di angkasa lepas pada masa depan

Tarikh Input: 21/09/2023 | Kemaskini: 21/09/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEcEAk~