AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

Berita disediakan Oleh : Puan Rosiha Abdul Razak

 

 

Serdang 1 Jun 2022 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear telah selesai menjalani Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS ISO 9001:2015) di bawah entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat). Proses audit yang berjalan selama dua (2) hari iaitu mulai 31 Mei – 1 Jun 2022 telah diketuai oleh Encik Nasrudin Yahya daripada Bahagian Akademik dan dibantu oleh Puan Salasiah Mustafa, Encik Mohamad Hafiz Hanafi, Puan Suhayu Salleh, dan Encik Hisyar Hassan.

 

   

 

Semakan telah dibuat berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2021 sehingga tempoh terkini. Kaedah semakan dibuat melalui semakan dokumen (Review), pemerhatian pelaksanaan (Observe), Pengujian (Test) dan temubual (Interview). Hasil semakan telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman PPDN pada 1 Jun 2022 bertempat di Bilik Seminar PPDN.

 

   

 

Hasil daripada semakan audit yang dibuat, terdapat satu (1) penemuan ketidakpatuhan dan empat (4) peluang penambahbaikkan yang telah ditemui. Pasukan Juruaudit telah melaporkan beberapa amalan baik yang boleh digunapakai oleh PPDN yang turut diamalkan di Pusat Tanggungjawab lain seperti amalan ikrar aku janji tahunan bagi meningkatkan integriti pekerja, adaptasi tugasan dengan amalan norma baharu dan penggunaan google sheet bagi memantau aktiviti kewangan secara berkesan.

 

   

 

Ketua Juruaudit kemudiannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Juruaudit yang terlibat dan semua pekerja di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear yang terlibat serta memberikan kerjasama yang baik semasa semakan audit dalaman dijalankan.

 

Tarikh Input: 03/06/2022 | Kemaskini: 03/06/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEXPAy~