PPDN Berjaya Laksanakan Audit Dalaman 2026 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PPDN Berjaya Laksanakan Audit Dalaman 2026

PPDN Berjaya Laksanakan Audit Dalaman 2026

20 Mei 2026 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman dengan penglibatan penuh dan komitmen tinggi daripada seluruh warga kerja PPDN. Sesi audit ini diketuai oleh Puan Nor Afida dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, bersama Dr. Muhammad Hishar Hassan selaku Timbalan Penyelaras Audit (TPAD), serta Encik Muhammad Hafiz Hanafi dan Puan Suhayu Saleh sebagai Juruaudit Dalaman (JAD).

 

 

Audit yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek pengurusan organisasi, pengurusan risiko serta operasi perkhidmatan klinikal utama PPDN termasuk PET/CT, MRI, CT, Ultrasound dan aktiviti penyelidikan. Selain itu, penilaian menyeluruh turut dilaksanakan terhadap fungsi-fungsi sokongan penting seperti keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), pengurusan sumber manusia, latihan staf, penentukuran peralatan, pengurusan fasiliti dan kenderaan, hubungan pelanggan serta jaringan kerjasama industri.

Pelaksanaan audit ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), di samping mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan. Sesi audit turut menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti serta amalan penambahbaikan berterusan dalam organisasi.

 

Secara keseluruhannya, proses audit telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan oleh seluruh warga PPDN. Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan juruaudit dan semua staf yang terlibat, serta berharap dapatan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan dapat terus memperkukuh sistem pengurusan kualiti dan mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan PPDN pada masa hadapan.

#PPDN #UPM #AuditDalaman #QMS #ISO9001 #Kualiti #PenambahbaikanBerterusan

Tarikh Input: 21/05/2026 | Kemaskini: 21/05/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
X, (01:47:41am-01:52:41am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]