Pada 27 April 2026, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia telah menjalani Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) oleh pihak Pejabat Pendaftar yang berlangsung di Bilik Seminar PPDN.
Audit ini telah dikendalikan oleh auditor, Encik Ahmad Afeeq bin Roslan dengan fokus terhadap Carta Fungsi, Carta Organisasi, Deskripsi Tugas (JD), dokumen staf tetap dan kontrak serta dokumen berkaitan organisasi.

Sesi penutup turut disempurnakan oleh Pengarah PPDN, Prof. Dr. Subapriya Suppiah bersama barisan pengurusan tertinggi serta seluruh staf PPDN.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga PPDN atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi audit berlangsung demi memastikan tadbir urus organisasi yang lebih sistematik, efisien dan berkualiti.
![]() |
![]() |
#ppdn #upm #audit #auditakpo
Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 30/04/2026 | fatini

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor