Penilaian Kedua EKSA PPDN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Penilaian Kedua EKSA PPDN

Penilaian Kedua EKSA PPDN

28 Julai 2026 - Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, UPM

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menjalani Sesi Penilaian Kedua Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 28 Julai 2026.

Sesi penilaian ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi PPDN, iaitu Pengarah PPDN, Prof. Dr. Subapriya Suppiah, bersama Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Suraini Mohamad Saini, sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti, kondusif dan berdaya saing di PPDN.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada panel penilai, Puan Azarizam Ali (Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Bursar) dan Dr. Jamali Janib (Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Asasi Sains, Universiti Putra Malaysia) atas kesudian meluangkan masa serta memberikan penilaian, pandangan dan cadangan yang amat bermakna dalam usaha penambahbaikan EKSA di PPDN.

Semoga segala teguran dan cadangan yang diberikan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan PPDN dalam memperkasakan amalan EKSA secara berterusan.

Tarikh Input: 29/07/2026 | Kemaskini: 29/07/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
X, (03:17:33am-03:22:33am, 30 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]