BENGKEL PEMANTAPAN PPDN 2021 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » BENGKEL PEMANTAPAN PPDN 2021

BENGKEL PEMANTAPAN PPDN 2021

 

 

Port Dickson, 26 November 2021 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menganjurkan Program Pemantapan PPDN selama dua (2) hari satu (1) malam bermula 26 November 2021 bertempat di Seri Ratu Hotel & Spa, Port Dickson. Seramai 20 orang kakitangan PPDN dan keluarga masing-masing hadir pada program yang diadakan dalam suasana meriah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya majlis makan malam bbq dengan anugerah pakaian terbaik pelbagai kategori, tazkirah, cabutan bertuah, acara penukaran hadiah, sukaneka untuk anak-anak dan juga untuk ibubapa termasuk aktiviti riadah.

Prof. Madya Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad, Pengarah PPDN dalam ucapannya berkata ‘Program Pemantapan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silatulrahim di antara kakitangan dan keluarga masing-masing memandangkan kebanyakannya sibuk dengan tugas harian dan mempunyai kekangan masa untuk bertemu. Melalui Hari Keluarga yang diadakan, ia mampu memupuk semangat permuafakatan, kerjasama dan kesukanan dalam diri semua peserta’.

Acara hari keluarga diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah sukaneka kepada pemenang selepas jamuan tengahari yang sederhana dan menyelerakan.

 

Tarikh Input: 30/11/2021 | Kemaskini: 01/12/2021 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEZJA5~