British Nuclear Medicine Society Annual Spring Meeting 2026 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » British Nuclear Medicine Society Annual Spring Meeting 2026

British Nuclear Medicine Society Annual Spring Meeting 2026

TAHNIAH & SYABAS! 

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik atas kejayaan membanggakan di peringkat antarabangsa melalui kajian bertajuk “In Vivo biodistribution of [⁶⁸Ga]Ga-FAPI-46 in a FAP-negative breast cancer model”

Kajian kolaborasi antara penyelidik daripada Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), UPM (Dr. Muhammad Hishar), Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Dr Muhamad Faiz), Agensi Nuklear Malaysia (En. Wan Hamirul Bahrin Wan Kamal), serta University of Exeter (Dr Hairil Rashmizal Abdul Razak) telah berjaya merangkul anugerah bagi kategori Radiopharmacy di:

🏆 British Nuclear Medicine Society Annual Spring Meeting 2026
📍 Manchester, United Kingdom
📅 22 April 2026

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian besar dalam bidang perubatan nuklear dan radiopharmacy, sekaligus membuktikan keupayaan penyelidikan tempatan di persada antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan kolaborasi berimpak tinggi pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat!

 

   
   

Tarikh Input: 24/04/2026 | Kemaskini: 24/04/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (01:25:28am-01:30:28am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]