JEMPUTAN SEBAGAI FASILITATOR BENGKEL PENSTRUKTURAN ORGANISASI DAN PENJANAAN PENDAPATAN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » JEMPUTAN SEBAGAI FASILITATOR BENGKEL PENSTRUKTURAN ORGANISASI DAN PENJANAAN PENDAPATAN

JEMPUTAN SEBAGAI FASILITATOR BENGKEL PENSTRUKTURAN ORGANISASI DAN PENJANAAN PENDAPATAN

21 September 2023 - Serdang, Pusat Polis Bantuan UPM /APSeC telah mengadakan Bengkel Penstrukturan Organisasi & Penjanaan Pendapatan bertempat di Bilik Seminar, Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), UPM.

En. Mohd Affendi Abd Manaf Penolong Pendaftar Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah dijemput sebagai fasilitator bagi berkongsi buah fikiran dan pengalaman PPDN dalam tadbir urus pendanaan dan perkhidmatan.

  

Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel tersebut merangkumi tadbir urus sumber manusia yang bersesuaian dengan Perintah Tetap Ketua Polis Negara yang terpakai bagi agensi Polis Bantuan.

Selain itu bengkel ini juga membincangkan kaedah penjanaan pendapatan serta perkongsian bagaimana PPDN menjana pendapatan melalui perkhidmatan yang ditawarkan agar dapat disesuaikan dengan perkhidmatan utama APSeC yang baharu bermula dalam aktiviti tersebut

  

Tarikh Input: 26/09/2023 | Kemaskini: 26/09/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdXAo~