SELAMAT DATANG KE PPDN
Serdang, 30 Januari 2024 - Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima kunjungan daripada Institut Sukan Negara Malaysia (ISN).
Prof. Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad, Pengarah PPDN mengiringi Dr. Kamarul Hashimy bin Hussien, Pengarah Bahagian Perubatan Sukan, Institut Sukan Negara, Dr. Amir Azwan bin Azman Pakar Perubatan Sukan serta wakil-wakil ISN sepanjang lawatan ini.
Lawatan ini diadakan adalah untuk membincang strategik dan pelan kerjasama antara kedua-dua pihak dengan mengambil kira sokongan PPDN terhadap peranan dan fungsi ISN terhadap pembangunan atlet-atlet negara.
Tarikh Input: 06/02/2024 | Kemaskini: 06/02/2024 | faidhi
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor