Kerjasama Strategik PPDN UPM × UIH Perkukuh Masa Depan Pengimejan Perubatan
Serdang, 18 November 2025 (Selasa) – Kerjasama strategik antara Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan United Imaging Healthcare (UIH) terus diperkukuh melalui satu sesi apresiasi dan perbincangan strategik bersama delegasi pengurusan tertinggi UIH yang diketuai Dr. Jusong Xia, Presiden International Business, UIH, bersama Prof. Dr. Subapriya Suppiah, Pengarah PPDN.
![]() ![]() |
![]() |
Perbincangan tersebut membuka ruang kepada beberapa inisiatif masa depan, termasuk:
* pengembangan platform penyelidikan bersama dalam pengimejan molekul,
* pemindahan teknologi diagnostik berimpak tinggi,
* latihan profesional dalam hibrid pengimejan dan theranostik, serta
* pelaksanaan kolaborasi industri–akademia untuk memperkukuh kapasiti negara.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tokoh akademia, klinikal dan industri, antaranya:
Prof. Dr. Zamberi Sekawi (TNC Penyelidikan & Inovasi, UPM),
Prof. Dr. Sudesh Prabhakaran (PPDN UPM),
Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria (HSAAS UPM),
Mr. Dai Er Kang (UIH Malaysia),
Prof. Madya Dr. Hasymah (FPSK UPM),
Dr. Siti Zarina (KKM),
Dr. Norafida Bahari (NeuroCoB),
Dr. Siti Maisarah (Persatuan Perubatan Nuklear & Pengimejan Molekuler Malaysia)
bersama warga kerja PPDN UPM.

Salah satu pencapaian utama dalam kerjasama ini ialah pentauliahan uMI Vista Digital PET-CT, sebuah sistem pengimejan berketepatan tinggi di bawah RMK-12 yang membuka peluang baharu dalam meningkatkan ketepatan diagnostik, memperkukuh perubatan presisi dan memajukan penyelidikan kanser di Malaysia.
PPDN UPM dan UIH berkongsi visi yang sama untuk membangunkan ekosistem pengimejan perubatan yang lebih pintar, mudah diakses dan berimpak, demi masa depan sistem kesihatan negara.
#PPDN #UPM #UIH #uMIVista #PETCT
Tarikh Input: 04/12/2025 | Kemaskini: 16/12/2025 | fatini

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor