Kongres Oriental Perubatan Nuklear Dan Pengimejan Molekul (OCNM 2025) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Kongres Oriental Perubatan Nuklear dan Pengimejan Molekul (OCNM 2025)

Kongres Oriental Perubatan Nuklear dan Pengimejan Molekul (OCNM 2025)

10–14 September 2025 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mencatat satu pencapaian membanggakan dengan penyertaan dalam 9th Oriental Congress of Nuclear Medicine and Molecular Imaging (OCNM 2025) yang berlangsung di Shanghai, China.

 

 

Persidangan antarabangsa berprestij ini menghimpunkan pakar dan penyelidik dari seluruh dunia bagi membincangkan kemajuan terkini dalam bidang perubatan nuklear dan pengimejan molekul, selari dengan perkembangan teknologi dan inovasi global.

PPDN berbesar hati apabila Prof. Dr. Subapriya Suppiah telah dijemput sebagai penceramah antarabangsa dan ahli panel, sekali gus mengangkat kepakaran tempatan ke peringkat global serta memperkukuh reputasi PPDN dan UPM dalam arena perubatan nuklear antarabangsa.

 

Tarikh Input: 11/02/2026 | Kemaskini: 11/02/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (10:21:39pm-10:26:39pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]