KURSUS PET/CT 2023 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » KURSUS PET/CT 2023

KURSUS PET/CT 2023

 
SERDANG - Pada 24-25 November 2023 bertempat di Bilik Seminar Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) dan Auditorium Perpustakaan FPSK, Pengurusan PPDN telah mengadakan Program PET/CT Course 2023. Program PET/CT Course ini merupakan program PPDN yang di adakan secara dwi-tahunan dan kali terakhir diadakan secara fizikal pada tahun 2019. Mengikut rekod program ini telah diadakan sebanyak 4 kali sebelum ini dan kali terakhir diadakan pada tahun 2021 secara online berikutan pandemik Covid-19.
 
 
 
Antara objektif program ini adalah :
a) Untuk melatih calon Sarjana Radiologi, Pakar Radiologi dalam bidang pengimejan molekul khususnya PET/CT yang merangkumi topik pengimejan kanser, jantung, neurologi dan penyakit berjangkit.
 
b) Untuk memberi pengetahuan kepada pegawai dari kumpulan sokongan seperti Ahli Teknologi X-ray, Pegawai Sains Fizik (Perubatan) dalam bidang Pengimejan Diagnosis
Berintegrasi.
 
Antara fasilitator yang turut serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing ialah seperti Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Jalil Nordin (CEO Industri PPDN), Prof. Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad (Pengarah PPDN), Dr. Hazeman Zakaria, Prof. Madya Dr Subapriya Suppiah, Pegawai Penyelidik PPDN, Pegawai Sains PPDN serta Wakil Rakan industri PPDN dari Siemens Healthcare Sdn. Bhd dan United Imaging Healthcare (Malaysia) Sdn. Bhd.
 
Semoga program yang dijalankan dapat meningkatkan sumbangan serta mengembangkan fungsi dan kepakaran PPDN kepada pegawai, komuniti dan pelajar yang terlibat.

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdXA0~