Lawatan Dan Perbincangan Kerjasama Strategik Antara PPDN Dan Universiti Sunway | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Lawatan dan perbincangan kerjasama strategik antara PPDN dan Universiti Sunway

Lawatan dan perbincangan kerjasama strategik antara PPDN dan Universiti Sunway

 

 

 

Serdang – Satu lawatan kerjasama strategik telah dijalankan oleh pihak Universiti Sunway ke Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) pada 2 Jun 2022 (Khamis), bagi membincangkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan fMRI otak.

Dalam lawatan ini, Prof Datin Dr Yook Chin Chia, Ketua Jabatan Sains Perubatan, dan beberapa wakil penyelidik dari Universiti Sunway telah dibawa melawat fasiliti untuk menjalankan penyelidikan di PPDN dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah PPDN , Prof Dr Fathinul Fikri bin Ahmad Saad, diiringi oleh Ketua Jabatan Sains Bioperubatan FPSK UPM, Prof Ts Dr Cheah Yoke Kqueen dan Ketua Unit Perubatan Nuklear Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Subapriya Suppiah.

  

Di akhir lawatan ini, Prof Dr Fathinul Fikri telah mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Sunway di atas lawatan dan perbincangan ini dan berharap agar kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Tarikh Input: 03/06/2022 | Kemaskini: 03/06/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEZKAJ~