LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DI PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DI PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DI PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

RABU, 7 JUN 2023 – Jawatankuasa Induk EKSA Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan input terbaik dan melihat perlaksanaan EKSA di kedua - dua jabatan dalam usaha PPDN menambahbaik perlaksaan dan amalan EKSA di jabatan ini. Seramai 18 orang warga kerja PPDN yang merupakan Ahli Jawatankuasa dan wakil setiap zon telah terlibat dalam lawatan penanda aras ini.
 
 
 
Sesi perkongsian ilmu telah disampai oleh Pengarah Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia Encik Husalshah Rizal Hussain yang membicarakan isu kestabilan dan kepentingan komitmen semua warga dalam memastikan pelaksanaan EKSA di setiap jabatan dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.
 
Dengan penganjuran lawatan ini warga PPDN dapat melihat perbandingan perlaksanaan EKSA yang telah dilakukan di kedua - dua jabatan. Semoga hasil dari perkongsian yang dijalankan dapat menambahbaik pelaksanaan EKSA di PPDN.
 
 
 

Tarikh Input: 13/06/2023 | Kemaskini: 13/06/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdXA1~