
Sesi Lawatan Penilaian Pusat Satelit ISN 2025 di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN)
Serdang, 29 Oktober 2025 (Rabu) – Satu Sesi Lawatan Penilaian Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) 2025 telah diadakan di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lawatan penilaian ini diketuai oleh Dr. Ahmad Munawwar Helmi bin Salim, Pengarah Perubatan Sukan, Institut Sukan Negara (ISN), bersama barisan panel penilai daripada ISN. Sepanjang sesi tersebut, para panel telah diberi taklimat mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPDN oleh Prof. Dr. Subapriya Suppiah, Pengarah PPDN, serta Prof. Madya Dr. Suraini Mohamad Saini, Timbalan Pengarah PPDN.
Lawatan turut melibatkan sesi penerangan, tinjauan fasiliti serta perbincangan mengenai kolaborasi dan penambahbaikan perkhidmatan dalam bidang sains sukan dan diagnostik.
Pihak Institut Sukan Negara (ISN) menyatakan rasa amat berpuas hati dan teruja dengan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh PPDN.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PPDN atas komitmen dan kerjasama cemerlang sepanjang sesi lawatan ini.
#PPDN #UPM #BerilmuBerbakti #AkademiSukanUPM #ISN
Tarikh Input: 12/11/2025 | Kemaskini: 12/11/2025 | fatini

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor