Lawatan Sambil Belajar Di PPDN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Lawatan sambil belajar di PPDN

Lawatan sambil belajar di PPDN

Serdang – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Sarjana Muda Perubatan Fizik yang sedang menjalani latihan industri di Jabatan Radiologi, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) pada 5 Julai 2022.

Melibatkan 7 orang pelajar, lawatan selama separuh hari diketuai oleh En Muhammad Hafiz, Pegawai Sains PPDN dan diringi Cik Adila, Pegawai Sains Jabatan Radiologi, HPUPM. Dalam lawatan ini, pelajar-pelajar ini diterangkan tentang sejarah dan fungsi penubuhan PPDN. Mereka juga diterangkan tentang tatacara pemeriksaan Pet-CT , MRI dan Ultrasound dijalankan di PPDN.

Sesi lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar, dan En Muhammad Hafiz berharap agar lawatan ini mendapat manfaat yang sewajarnya.

Tarikh Input: 22/07/2022 | Kemaskini: 22/07/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEZXAa~