LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNIVERSITI KYUTECH, JEPUN KE PPDN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNIVERSITI KYUTECH, JEPUN KE PPDN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNIVERSITI KYUTECH, JEPUN KE PPDN

SERDANG - Pada 23 November 2023, Khamis Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima kunjungan dari KYUTECH University Japan.

Deligasi yang diketuai oleh Prof Yuki Shirosaki dari Life Sciences Working on Materials Department turut disertai oleh 8 orang Pegawai Akademik dan 9 orang pelajar universiti tersebut.

 

 

Sepanjang tempoh lawatan PPDN telah membentangkan kepakaran perkhidmatan pusat dan penyelidikan teras yang masing-masing disampaikan oleh barisan penyelidik dan pegawai terlibat.

Dalam ucapan alu-aluan, Pengarah PPDN Prof. Dr. Fathinul Fikri menyatakan kerjasama industri PPDN yang sedang berlangsung dan yang telah dirancang untuk tahun 2024 serta menggambarkan peranan PPDN dalam kerjasama berterusan antarabangsa dan tempatan amat penting bagi mencapai matlamat universiti dan sumbangan pusat kepada komuniti.

Semoga dengan kunjungan dan perkongsian ini akan menerapkan semangat dan menetapkan komitmen dikalangan pegawai dan pihak berkepentingan PPDN.

Tarikh Input: 27/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdSAC~