NARATIF PENGARAH PPDN TAHUN 2024 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » NARATIF PENGARAH PPDN TAHUN 2024

NARATIF PENGARAH PPDN TAHUN 2024

SERDANG, 3 Januari – Pengarah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) Prof. Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad telah menyampai amanat bagi tahun 2024 bagi semua warga kerja PPDN.

Prof. Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad berkata, PPDN akan terus memacu kecemerlangan dalam bidang kepakaran pusat dan menawarkan perkhidmatan radiologi yang terbaik selain menyokong visi dan misi universiti. Dalam amanatnya pengarah telah menggariskan beberapa perancangan pusat bagi tahun 2024 yang melibatkan 12 skop utama perancangan projek termasuk 6 senarai baru skop projek yang dirancang.

Skop projek ini amat penting dalam menyokong penanda aras utama PPDN dan menjana pendapatan secara maksima bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat.

Tambah beliau lagi, iltizamnya adalah untuk membawa PPDN lebih gemilang, menjadi kepercayaan serta diyakini masyarakat dengan pelaksanaan dan pemantapan strategi melibatkan sumbangan kepada komuniti seperti berikut :

1. Bertindak sebagai melatih pakar profesional antarabangsa dalam pengimejan molekul translasi untuk meningkatkan penjagaan pesakit

2. Meningkatkan pengeluaran pekerja mahir dalam kalangan organisasi berkaitan industri pengimejan molekul melalui bagi siri kursus profesional yang dianjurkan PPDN

3. Memperhebat penawaran geran KTGS@PTJ.

Selain itu turut diadakan majlis penyampaian surat lantikan bagi Ketua Seksyen dan Ketua Unit bagi organisasi PPDN 2024. Prof. Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad juga menyatakan penghargaan kepada semua warga kerja PPDN yang banyak membantu keterlihatan PPDN bagi tahun 2023 serta membantu PPDN dalam mencapai penanda aras perkhidmatan bagi tahun 2023 dengan cemerlang.

 

 

 

Tarikh Input: 03/01/2024 | Kemaskini: 03/01/2024 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdTAt~