PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Berita disediakan oleh : Puan Rosiha Abdul Razak

                                        

 

 

Serdang 1 Ogos 2022 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima kehadiran pemeriksa untuk pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diketuai oleh Puan Siti Hafizah Ibrahim daripada Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Seramai tiga (3) orang anggota daripada Unit Bantu Mula, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM telah turut sama semasa pemeriksaan tersebut dijalankan.


PPDN telah berjaya memperoleh status CEMERLANG dengan nilai pencapaian sebanyak 94.81% (5*). Pemeriksaan telah meliputi tiga (3) skop iaitu :

  • Pematuhan Akta Perkhidmatan Bomba: Sistem Pencegahan Kebakaran
  • Pematuhan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  • Pelaporan Mingguan Covid -19 (Bagi tempoh 1 Januari – 31 Mac 2022)

 

Hasil penemuaan pemeriksaan tersebut diharap dapat membantu PPDN mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat di samping memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja serta persekitaran tempat kerja adalah terkawal. Pihak PPDN turut berterima kasih di atas segala pandangan serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang pemeriksaan ini.

Tarikh Input: 18/08/2022 | Kemaskini: 18/08/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXESRAg~