Penganjuran Masterclass In Molecular Imaging 3.0 (Theranostic) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Penganjuran Masterclass in Molecular Imaging 3.0 (Theranostic)

Penganjuran Masterclass in Molecular Imaging 3.0 (Theranostic)

Serdang – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) dengan kerjasama International Atomic Energy Agency (IAEA) telah menganjurkan satu program pengantarabangsaan ; Masterclass in Molecular Imaging 3.0 (Theranostic) pada 29 – 30 Ogos 2022, bertempat di Auditorium Perpustakaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program selama dua hari ini telah dihadiri 50 orang peserta dari agensi swasta dan awam, termasuk tiga orang pakar perubatan nuklear dari Indonesia. Program ini memfokuskan kepada aspek pengurusan kanser, mengkaji peranan dan interprestasi imej yang diperolehi dari diagnosis pesakit, kaedah menentukan tahap kanser dan beberapa potensi rawatan dan komplikasi yang boleh berlaku dalam onkologi.

 

Program ini merangkumi sesi teori dan pratikal di mana peserta didedahkan dengan teknik pengimejan semasa dan interprestasi imej kanser yang diperolehi daripada diagnosis pesakit.

Berdasarkan maklum balas dari peserta kami menerima banyak komen positif mengenai program ini dan mereka berharap agar program ini dianjurkan lagi pada tahun hadapan.

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 01/09/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXDdXAP~