
Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Hafiz Bin Hanafi, Pegawai Sains, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia atas penerimaan AFOMP Travel Award 2025 oleh Asia-Oceania Federation of Organizations for Medical Physics (AFOMP).
Anugerah berprestij ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada generasi muda dalam bidang fizik perubatan atas sumbangan serta potensi cemerlang mereka. Pengiktirafan ini turut membolehkan penerima menghadiri 25th Asia-Oceania Congress on Medical Physics (AOCMP 2025) dan IUPESM World Congress on Medical Physics and Biomedical Engineering 2025 yang telah berlangsung di Adelaide, Australia.
Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan, bukan sahaja mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Malaysian Association of Medical Physics (MAMP), tetapi juga mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Syabas dan tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini!
Tarikh Input: 23/10/2025 | Kemaskini: 23/10/2025 | fatini

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor