PENYERTAAN PENYELIDIK PPDN DI KONGRES PERUBATAN NUKLEAR EROPAH 2023 (EUROPEAN ASSOCIATION OF NUCLEAR MEDICINE CONGRESS 2023), DI VIENNA, AUSTRIA | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PENYERTAAN PENYELIDIK PPDN DI KONGRES PERUBATAN NUKLEAR EROPAH 2023 (EUROPEAN ASSOCIATION OF NUCLEAR MEDICINE CONGRESS 2023), DI VIENNA, AUSTRIA

PENYERTAAN PENYELIDIK PPDN DI KONGRES PERUBATAN NUKLEAR EROPAH 2023 (EUROPEAN ASSOCIATION OF NUCLEAR MEDICINE CONGRESS 2023), DI VIENNA, AUSTRIA

AUSTRIA – Kongress Perubatan Nuklear Eropah (European Association of Nuclear Medicine Congress) merupakan kongres tahunan anjuran Persatuan Perubatan Nuklear Eropah (European Association of Nuclear Medicine) yang menghimpunkan pakar – pakar dalam bidang perubatan nuklear, pengimejan molekul, sains radiofarmaseutikal dan fizik perubatan. Penyertaan ini tidak terhad kepada ahli klinikal dan akademik, malah ia juga merangkumi saintis dan ahli teknologis yang selama ni turut memberi sumbangan dalam bidang masing – masing.

Kongres kali ini diadakan pada 9 – 13 September 2023, bertempat di Vienna, Austria iaitu lokasi yang tidak asing lagi bagi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency). Lanjutan daripada penyertaan penyelidik PPDN pada sesi kongres pada tahun 2015 dan 2016, penyelidik PPDN sekali lagi terpilih untuk menghadiri sidang kongres bagi membentang hasil penyelidikan yang bertajuk “[18F]AlF-complexation of pamidronic acid, a NOTA-conjugated bisphosphonate, as a potential tracer for PET bone imaging”. Penyelidikan ini diketuai oleh Pegawai Penyelidik PPDN iaitu Dr. Muhammad Hishar Hassan dan dianggotai oleh Dr. Muhamad Faiz Othman (UiTM), Prof. Ts. Dr. Zainul Amiruddin Zakaria (Universiti Malaysia Sabah) dan Prof Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad (PPDN – UPM). Penyelidikan ini turut mendapat kerjasama dari Dr. Hairil Rashmizal Abdul Razak, dari University of Exeter, United Kingdom yang menjadi wakil pembentang pada sesi pembentangan tersebut.

Secara amnya, penyertaan ini telah berjaya menempatkan hasil penyelidikan penyelidik PPDN  di jurnal European Journal of Nuclear Medicine & Molecular Imaginf (EJNMMI) yang merupakan jurnal Top 10% dalam bidang Perubatan Nuklear dan Pengimejan Molekul.

Tarikh Input: 26/09/2023 | Kemaskini: 26/09/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdRAQ~