Persediaan Audit Kendiri QMS ISO 9001:2015 Perkukuh Tadbir Urus Kualiti PPDN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Persediaan Audit Kendiri QMS ISO 9001:2015 Perkukuh Tadbir Urus Kualiti PPDN

Persediaan Audit Kendiri QMS ISO 9001:2015 Perkukuh Tadbir Urus Kualiti PPDN

6 Mei 2026 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Kendiri Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 sebagai langkah persediaan menghadapi Audit Dalaman ISO yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mei 2026.

Pelaksanaan audit kendiri ini bertujuan memastikan setiap prosedur kerja dan dokumentasi di peringkat pusat sentiasa mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015, di samping memperkukuh amalan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.

Audit ini telah dijalankan oleh barisan juruaudit dalaman yang terdiri daripada Dr. Muhammad Hishar Hassan, Encik Muhammad Hafiz Hanafi, Puan Ida Nur Syafinaz Muhammad Fuad, Puan Suhayu Salleh, dan Puan Nor Kamalia Abd Jalil. Sesi audit melibatkan semakan terhadap proses kerja, rekod dokumentasi, pematuhan prosedur serta aspek pengurusan kualiti di setiap unit berkaitan.

Seluruh warga PPDN turut memberikan kerjasama dan komitmen yang amat baik sepanjang pelaksanaan audit kendiri ini. Usaha berterusan seperti ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja berkualiti, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan sistem pengurusan organisasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

Tarikh Input: 07/05/2026 | Kemaskini: 07/05/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (03:43:40pm-03:48:40pm, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]