PPDN Hadir Ke URIIS 2026 Pre-Event 4 Di USIM | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PPDN Hadir ke URIIS 2026 Pre-Event 4 di USIM

PPDN Hadir ke URIIS 2026 Pre-Event 4 di USIM

12 Mei 2026, Nilai – Pengarah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Prof. Dr. Subapriya Suppiah bersama Puan Ida Nur Syafinaz Muhammad Fuad, Penolong Pegawai Tadbir PPDN, telah menghadiri program URIIS 2026 Pre-Event 4 yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah siri Road to URIIS 2026 yang dianjurkan oleh USIM dengan kerjasama strategik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri.

Sesi ini telah menghimpunkan seramai 89 peserta, terdiri daripada wakil universiti dan delegasi industri. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkasa ekosistem inovasi, pertukaran ilmu, serta peluang jaringan strategik antara akademia dan industri.

Penglibatan wakil PPDN dalam program ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik serta menyokong agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan industri selaras dengan aspirasi universiti.

 

#URIIS2026 #RoadToURIIS2026 #AcademiaIndustryCollaboration #InnovationEcosystem #UPM #USIM #JPT #ResearchAndInnovation #IndustryNetworking #StrategicPartnership #MalaysiaInnovation

Tarikh Input: 13/05/2026 | Kemaskini: 13/05/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (10:15:03am-10:20:03am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]