PPDN Hadir Memeriahkan Majlis Peluncuran Persidangan Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR ppdn
» BERITA » PPDN Hadir Memeriahkan Majlis Peluncuran Persidangan Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025)

PPDN Hadir Memeriahkan Majlis Peluncuran Persidangan Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025)

 

Serdang, 12 November 2025 (Rabu) – Pengarah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Prof. Dr. Subapriya Suppiah, bersama pegawai PPDN telah hadir bagi memeriahkan Majlis Peluncuran Persidangan Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025) yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis peluncuran ini diadakan pada 12 hingga 13 November 2025 dan telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dengan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah turut hadir menyaksikan gimik pelancaran tersebut.

 

 

Persidangan ini menghimpunkan para penyelidik, pakar teknologi dan penggiat industri dari dalam dan luar negara untuk membincangkan masa depan kriptografi dan keselamatan siber dalam era kuantum, sekali gus memperkukuh kerjasama akademia dan industri dalam bidang teknologi keselamatan maklumat.

 

 

#PPDN #UPM #BerilmuBerbakti #ICEPQC2025 #CyberSecurity

Tarikh Input: 13/11/2025 | Kemaskini: 13/11/2025 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (05:42:13am-05:47:13am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]