21 Januari 2026 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima lawatan daripada pelajar Bacelor Sains Fizik, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memberikan pendedahan serta gambaran yang lebih jelas mengenai aplikasi fizik dalam bidang pengimejan perubatan dan perubatan nuklear.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh pemahaman pelajar terhadap peranan dan kepentingan ilmu fizik dalam menyokong penggunaan teknologi pengimejan diagnostik moden dalam persekitaran klinikal.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan berpeluang menyaksikan secara langsung tatacara operasi Hot Lab, di samping memahami pengoperasian peralatan pengimejan canggih seperti PET-CT dan MRI.
Diharapkan lawatan ini dapat menambah pengetahuan serta memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai persekitaran dan amalan kerja klinikal sebenar, seterusnya menjadi inspirasi dalam merancang hala tuju kerjaya mereka pada masa hadapan.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 26/01/2026 | Kemaskini: 26/01/2026 | fatini

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor