PPDN Terima Lawatan Pelajar UKM Dalam Bidang Keselamatan Sinaran Dan Nuklear | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PPDN Terima Lawatan Pelajar UKM dalam Bidang Keselamatan Sinaran dan Nuklear

PPDN Terima Lawatan Pelajar UKM dalam Bidang Keselamatan Sinaran dan Nuklear

28 April 2026 (Selasa) – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Program Keselamatan Sinaran dan Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Lawatan ini melibatkan seramai 15 orang pelajar bersama pensyarah pengiring, iaitu Ts. Dr. Ratna Suffhiyanni Binti Omar dan Ts. Dr. Wan Nordiana Wan Abdul Rahman.

 

 

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan serta aplikasi peralatan diagnostik dan perubatan nuklear, di samping memberikan gambaran sebenar persekitaran kerja klinikal dalam bidang pengimejan diagnostik.

Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang melihat secara langsung kemudahan dan teknologi yang digunakan di PPDN. Program seperti ini diharapkan dapat menyokong pencapaian objektif pembelajaran pelajar serta memperkukuh hubungan kerjasama akademik antara institusi.

 

Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 30/04/2026 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (06:37:13am-06:42:13am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]