PROGRAM PEMANTAPAN PPDN 2022 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PROGRAM PEMANTAPAN PPDN 2022

PROGRAM PEMANTAPAN PPDN 2022

 

Balok, 25 September 2022 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menganjurkan Program Pemantapan PPDN pada 23 hingga 25 September 2022. Program tiga hari dua malam ini dijalankan di Mutiara Seaview Resort, Pantai Balok, Kuantan, Pahang. Seramai 50 orang perserta terdiri daripada kakitangan PPDN dan keluarga masing-masing hadir pada program yang diadakan dalam suasana meriah.

 

   

 

 

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya majlis makan malam bbq dengan anugerah pakaian terbaik pelbagai kategori, cabutan bertuah, acara penukaran hadiah, sukaneka untuk anak-anak dan juga untuk ibubapa termasuk aktiviti riadah. Sewaktu majlis makan malam berlangsung, peserta dihidangkan dengan Ceramah Motivasi “Bicara Jiwa” oleh Datuk Hamzah Bachee.

 

 

 

  

 

 

Profesor Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad, Pengarah PPDN dalam ucapannya berkata ‘Program Pemantapan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silatulrahim di antara kakitangan dan keluarga masing-masing memandangkan kebanyakannya sibuk dengan tugas harian dan mempunyai kekangan masa untuk bertemu. Melalui Hari Keluarga yang diadakan, ia mampu memupuk semangat permuafakatan, kerjasama dan kesukanan dalam diri semua peserta’.

 

 

 

 

 

Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah sukaneka kepada pemenang selepas sarapan, dan dalam ucapan penutupnya, Pengarah berharap program ini dapat menjadi acara tahunan PPDN di masa-masa akan datang.

 

 

Tarikh Input: 04/10/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEaOAL~