PROGRAM PEMANTAPAN PPDN 2023 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PROGRAM PEMANTAPAN PPDN 2023

PROGRAM PEMANTAPAN PPDN 2023

Sg Tuang, 06 Oktober 2023 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menganjurkan Program Pemantapan PPDN pada 06 hingga 08 Oktober 2023. Program tiga hari dua malam ini dijalankan di Damar Suria Resort, Sg Tuang, Melaka. Seramai 60 orang perserta terdiri daripada kakitangan PPDN dan keluarga masing-masing hadir pada program yang diadakan dalam suasana meriah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya majlis makan malam bbq dengan anugerah pakaian terbaik pelbagai kategori, cabutan bertuah, acara penukaran hadiah, sukaneka untuk anak-anak dan juga untuk ibubapa termasuk aktiviti riadah. 

 

  

 

Sebelum program berakhir, warga PPDN disajikan dengan Bicara Pagi oleh Puan Nurul Dalila, dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan, Jabatan Perdana Menteri. Beliau berkongsi tentang isu-isu berkaitan keselamatan negara di zaman dunia di hujung jari ini.

Profesor Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad, Pengarah PPDN dalam ucapannya berkata ‘Program Pemantapan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silatulrahim di antara kakitangan dan keluarga masing-masing memandangkan kebanyakannya sibuk dengan tugas harian dan mempunyai kekangan masa untuk bertemu. Melalui Hari Keluarga yang diadakan, ia mampu memupuk semangat permuafakatan, kerjasama dan kesukanan dalam diri semua peserta’.

Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah sukaneka kepada pemenang selepas sarapan, dan dalam ucapan penutupnya, Pengarah berharap program ini dapat menjadi acara tahunan PPDN di masa-masa akan datang.

 

Tarikh Input: 12/10/2023 | Kemaskini: 12/10/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdWAX~