PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI

SG TUANG, MELAKA – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah mengadakan Program Pemantapan Organisasi 2023 pada 6 hingga 8 Oktober 2023 di Damar Suria Resort, Pengkalan Balak yang bertujuan menerapkan semangat kerja berpasukan dan memberi pendedahan kepada staf berkenaan perkembangan semasa, fungsi dan peranan pusat.

  

 

Dalam program ini juga, salah satu aktiviti yang dijalankan adalah Program Gotong Royong Pembersihan Pantai di persisiran pantai. Program ini dijalankan secara berkumpulan dan telah dijayakan oleh semua staf PPDN termasuk Pengarah PPDN. Hasil aktiviti ini sejumlah 75kg botol-botol plastik dan sisa-sisa buangan yang berjaya dikumpulkan.

Objektif Program ini adalah mewujudkan persekitaran pantai yang bersih dan selamat selain untuk menerapkan rasa cinta terhadap amalan kelastarian hijau dikalangan staf PPDN. Dalam pada yang sama program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat setempat akan pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan perairan pantai.

Pantai bersih, alam sekitar terjaga.

Tarikh Input: 16/10/2023 | Kemaskini: 16/10/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdSAn~